Make your own free website on Tripod.com
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
6 Nov, 06 > 12 Nov, 06
15 May, 06 > 21 May, 06
1 May, 06 > 7 May, 06
24 Apr, 06 > 30 Apr, 06
17 Apr, 06 > 23 Apr, 06
10 Apr, 06 > 16 Apr, 06
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
cerita
keratan
Makan Angin
review
TEATER
PERCAKAPAN SEORANG NAM RON
Saturday, November 4, 2006
Demi Kaseh
Mood:  happy
Topic: cerita

 


MENANTI KASEH

  


DEMI KASEH dilahirkan ke dunia ini 9 julai 2006

 

Kasih sayang Demi Kaseh

 

 

 


DEMI KASEH berusia 1 bulan

 

 

DEMI KASEH 2 bulan

 

 

DEMI KASEH 3 bulan

 


Posted by laksautara at 3:02 AM WST
Updated: Monday, November 6, 2006 1:32 AM WST
Post Comment | Permalink
Thursday, May 11, 2006
LELAKI KOMUNIS TERAKHIR
Larangan filem 'tidak wajar'
10-05-2006 07:52:17 PM
PETALING JAYA: Pihak berwajib "tidak wajar" melarang sesuatu filem berdasarkan reaksi masyarakat semata-mata, kata beberapa seniman dan wartawan generasi muda tentang larangan ke atas penayangan filem Lelaki Komunis Terakhir yang asalnya dijadualkan ke pawagam mulai 18 Mei ini.

Apatah lagi, tambah mereka, reaksi beberapa pihak dibuat sebelum menonton sesuatu karya seni selepas badan rasmi telah meluluskannya.

Noor Azam Shairi, wartawan Mingguan Malaysia yang sering mengupas isu-isu seni dan politik, berkata filem arahan Amir Muhammad tersebut telah mendapat kelulusan bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF), agensi yang diberikan kuasa untuk menilai filem ini.

"LPF tentunya sudah mengambil kira pelbagai faktor sebelum memberikan kelulusan. Lihat wawancara pengerusinya (Mohd Hussain Shafie) bersama wartawan The Star baru-baru ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Mohd Hussain berkata walaupun dokumentari tersebut berkenaan bekas seorang pemimpin parti yang diharamkan, filem itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesan negatif kepada rakyat Malaysia.

"Apabila sesuatu filem cuba menyebarkan ideologi (komunisme), kita tidak akan benarkan," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star (27 April).

"Peranan utama kami di sini mengesan hal-hal yang boleh mengancam keselamatan negara. Tetapi daripada penilaian kami, filem (Lelaki Komunis Terakhir) ini tidak lebih sebuah dokumentari tentang hal-hal sejarah yang orang ramai boleh baca dalam buku-buku sejarah, atau di tempat-tempat lain."

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) Jumaat lepas mengeluarkan surat larangan kepada Red Films, pengeluar bersama filem ini, dengan alasan "mengambil kira kepentingan awam." Larangan tersebut meliputi "penayangan, pempameran, pengedaran dan penyebaran."

Nam Ron, pelakon dan penggiat teater terkenal, pula berpendapat filem dokumentari berdasarkan fakta-fakta sejarah perlu didedahkan kepada generasi muda.

"Rakaman sejarah, jika tidak didedahkan, akan hilang dalam lipatannya. Berapa ramai golongan muda yang pasti tidak mengenali nama-nama seperti Chin Peng, Rashid Maidin atau Shamsiah Fakeh?" katanya.

Pergerakan komunis, tambahnya, bermula sebelum kemerdekaan negara lagi dan turut memainkan peranan dalam menentang penjajahan Jepun dan Inggeris.

"Pengorbanan mereka dalam MPAJA (Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun) tidak diambil kira hanya kerana (perbezaan) ideologi politik mereka. Itu sejarah, kita tidak dapat lari daripada (fakta) itu, kita harus terima hakikat itu," katanya lagi, yang pernah memainkan watak utama dalam Paloh, sebuah filem yang mengisahkan cinta dan pergolakan zaman kependudukan Jepun pada 1944.

Filem arahan Adman Salleh ini memenangi beberapa anugerah utama, termasuk kategori-kategori filem dan pengarah terbaik, di Festival Filem Malaysia 2004.

Nam Ron menambah, "dalam filem ini (Paloh) jelas memperkatakan bagaimana pejuang-pejuang (nasionalis) ini terpaksa menggunakan (gerakan) komunis sebagai landasan mereka untuk terus berjuang menentang penjajahan. Kenapa pengkritik-pengkritik ini (Lelaki Komunis Terakhir) tidak menyuarakan bantahan mereka terhadap filem ini (Paloh)? Apakah kerana filem ini diterbitkan oleh Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia)?"

Shanon Shah, seorang pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) yang juga tidak bersetuju dengan larangan tersebut, berpendapat perbincangan harus lebih diutamakan sama ada sesuatu pihak itu menyokong atau mengkritik sesuatu karya seni.

"Kalau ada sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan isi kandungan filem ini, mereka bebas untuk memberikan pendapat mereka secara terbuka. Sama juga jika misalnya seorang lagi pembikin filem menghasilkan sebuah filem tentang tokoh anti-komunis. Pihak yang tidak bersetuju juga bebas untuk menyuarakan pendapat," katanya, yang memenangi anugerah vokal terbaik dalam album (lelaki) baru-baru ini, kepada mStar Online hari ini sewaktu diminta mengulas perkembangan ini.

"Tetapi larangan tayangan ini sebenarnya mencantas sebarang pucuk perbincangan (yang lebih mendalam). Akibatnya, intelek kolektif kita sebagai rakyat Malaysia akan terbantut kerana kita tidak diberikan peluang untuk membahaskan sesuatu isu itu dengan rasional dan beretika."

Beberapa pihak dilaporkan membantah tayangan filem Lelaki Komunis Terakhir dan juga keputusan LPF meluluskannya. Selain penggiat filem, ahli politik, ahli akademik, veteran Umno dan bekas perajurit turut dilaporkan membantah kelulusan filem 90 minit itu yang mengisahkan perjalanan hidup Chin Peng, setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan.

Filem dokumentari semi-muzikal ini turut memuatkan lagu-lagu selain wawancara dengan beberapa pihak, termasuk 20 minit dengan pejuang-pejuang gerila bersenjata ini yang kini menetap di Betong, selatan Thailand selepas PKM menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada Disember 1989.

KHEDN hari ini dilaporkan melarang filem karya pengarah muda ini kerana tarikh tayangan "tidak sesuai akibat perkembangan semasa dan sentimen orang ramai."

Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata beliau mengambil keputusan melarang filem Lelaki Komunis Terakhir mengikut seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 kerana dianggap "tidak sensitif" untuk menayangkan filem tentang Chin Peng itu sewaktu Umno sedang menyambut ulang tahun ke-60.

"Saya tidak fikir ia sesuai. Saya juga menerima banyak bantahan dan maklum balas negatif daripada orang ramai, jadi saya tidak yakin rakyat Malaysia sudah mencapai satu tahap bersedia untuk menerimanya (filem ini)," katanya kepada The Star.

Ditanya sama ada beliau sendiri pernah menonton filem tersebut sebelum mengeluarkan larangan itu, beliau berkata pernah menonton sebahagiannya, termasuk babak yang menunjukkan rumah Chin Peng.

"Jadi sama ada anda suka atau tidak, mesej tersiratnya filem ini akan mempromosikan Chin Peng. Dialah orangnya di belakang kemusnahan harta benda dan kematian ramai orang yang tidak berdosa. Dan peristiwa ini masih segar dalam ingatan generasi yang pernah melalui zaman ini," jelasnya.

Dalam laporan media minggu lepas, Puteri Umno menyifatkan tindakan LPF itu sebagai "tidak wajar" dengan alasan bahawa negara mempunyai tokoh-tokoh yang lebih berwibawa untuk diteladani dan bukannya mengagung-agungkan pemimpin komunis.

Pakar sejarah profesor emeritus Datuk Khoo Kay Kim menyarankan agar "LPF merujuk pihak yang arif terutama dari segi kesannya jika filem kontroversi itu ingin disiarkan kepada umum dan tidak bertindak terburu-buru dalam memberikan kelulusan."

Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) dan Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) dilaporkan berkata penerbitan filem itu tidak wajar, dan LPF juga tidak sepatutnya meluluskan filem itu untuk tatapan rakyat.

Hujung Mac lalu, wakil rakyat Barisan Nasional bagi kawasan Gerik Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh mempertikaikan kewajaran menjadikan tokoh PKM itu sebagai tema filem. Beliau dilaporkan berkata "kenapa 'Lelaki Komunis Terakhir' sedangkan kita mempunyai pahlawan kita sendiri?"

Pang Khee Teik, editor laman web seni budaya Kakiseni.com, tidak menganggap sesuatu filem itu "kontroversi" sehinggalah selepas ia ditayangkan. Beliau menyatakan kehairanannya dengan sikap suka mengulas sesuatu karya seni tanpa melihatnya sendiri.

"Apa yang kontroversi? Tidak ada yang kontroversi. Bantahan ini (tanpa menonton filem) yang sebenarnya kontroversi," katanya sewaktu dihubungi mStar Online minggu lepas, sebelum larangan ini dikeluarkan, sebagai mengulas kenyataan beberapa pihak di media tentang filem ini.

Noor Azam, Nam Ron dan Shahnon juga sepakat bahawa orang ramai sewajarnya mengkritik selepas menonton. Mereka juga menganggap budaya kritik seni di negara ini harus disusuli dengan analisa mendalam dan melibatkan pandangan pro dan kontra.

sumber dari MSTAR

Posted by laksautara at 3:10 AM JST
Updated: Thursday, May 11, 2006 3:14 AM JST
Post Comment | Permalink
from Amir Muhammad's lastcommunist.blogspot.com:


"This is what I humbly ask: If you feel the public has the right to see Lelaki Komunis Terakhir, please write to the press. The authorities do take note of reports in the media. (That's why the ban happened in the first place!)

Even if you feel this doesn't affect you, and you wouldn't even want to watch the documentary anyway: What's to stop the same newspaper from starting a campaign against some other local movie, book or song for being "not Malay enough"? That might certainly affect you in the future".

_______________________



Why is Lelaki Komunis Terakhir banned in Malaysia?
In March 2006 we submitted my documentary Lelaki Komunis Terakhir (known in English as The Last Communist) to the Malaysian Film Censorship Board (LPF). "We" in this case refers to myself as well as Red Films, the local production company which is the co-producer.

Lelaki Komunis Terakhir is a semi-musical road movie documentary tracing the towns in which Chin Peng (exiled leader of the banned Communist Party of Malaya) lived in from birth to national independence in 1957. It does not include any interviews with, or even photographs of, Chin Peng himself. The documentary features interviews with people who live in those same present-day towns such as Sitiawan, Bidor, Taiping, Ipoh and Betong, Thailand. Along the way there are also specially-composed songs and capsule biographical data explaining what Chin Peng did in those towns. Chin Peng himself is mentioned only once during the interviews.

What were my expectations upon submission to LPF? I can honestly say, "I don't know." Censorship in this country is an unpredictable thing. I am not a censor so I wouldn't know what a censor would look out for or find objectionable. I just hoped for the best.

Lelaki Komunis Terakhir had been shot over the course of 4 weeks in late 2005. The total budget including promotion is RM80,000. The shoot had the necessary permit from the National Film Development Corporation (Finas). This was not a 'guerrilla' or 'underground' shoot and Red Films is a licensed production company responsible for, among others, last year's teen futsal romance Gol & Gincu.

The funding came partly from the Jan Vrijman Fund of Amsterdam which is a documentary fund for developing countries and not (as a letter in last year's Berita Harian claimed) a body responsible for spreading communism worldwide.

When the news came out that the documentary was going to be made, UMNO Youth issued a single protest letter. As I had not even started shooting, they were probably making an assumption about its content. I did not respond to this protest letter as I believed the proper thing to do is to make the documentary first.

Lelaki Komunis Terakhir made its world premiere at the prestigious Berlin Film Festival in February. The audience included the Malaysian ambassador to Germany who said he enjoyed it. It has since been invited to 14 other film festivals around the world, including London, Seattle, Vancouver and Hong Kong. All these invites were received up to and including April this year.

In April we received the good news: Lelaki Komunis Terakhir was passed uncut by the censors. Yes, not a single cut. And the rating given was U, meaning suitable for all ages. After a meeting that we had with LPF chairman, he clarified that this approval meant that we could screen it in the three digital cinemas we had asked for: namely, the Golden Screen Cinemas of MidValley, One Utama Kuala Lumpur and Gurney Plaza, Penang. This approval did not include VCD/DVD sales and TV broadcast; we were made to understand that these extra approvals would depend on the public reaction after watching it in the cinemas.

I am not na?ve and do know that the subject of communism is taboo in Malaysia. I maintain that Lelaki Komunis Terakhir was made with a certain sense of responsibility and sensitivity to history. It is not a propaganda film but a rather odd documentary. "Odd" is the word I heard when I screened it overseas, but most meant it in a nice way.

Being "odd" as it is, we never wanted a big nationwide release. Lelaki Komunis Terakhir is a documentary shot and finished on digital video. It is not a feature film with stars. It is therefore not "commercial." There are only 3 cinemas in Malaysia equipped to show digital-video movies and these happen to be the 3 cinemas that we chose. (Berita Harian brought up a bizarre point that Kuala Lumpur and Penang have a majority Chinese population but I fail to see why this matters). Each cinema can fit not even 100 people so it is a very limited screening and hardly Lord of the Rings.

After discussion with Golden Screen Cinemas, we set 18 May for the release date on these 3 screens.

Oh yes: Due to its subject-matter, we were asked to hold a special screening for officers of the Special Branch unit of the Royal Malaysian Police Force. I never knew of any other film that has received such a request but we obliged. We screened it for an audience of 20 Special Branch officers. After the screening we had a nice discussion. They did not indicate any objection to the documentary; one said "It should be OK" but another said, "It's very academic and most people will be bored." A few of them took my name-card but said they had none of their own. We did not hear from them again.

All seemed to be going well until Berita Harian ran a series of articles criticizing the LPF's decision to approve the documentary. Berita Harian was the only newspaper in the country to do this. These articles appeared on May 3, 4 and 5 of the newspaper. These included interviews with politicians, filmmakers and academics who seemed appalled that such a documentary was approved for screening.

On the evening of May 5, Red Films received instructions from the Ministry of Home Affairs to not screen Lelaki Komunis Terakhir anywhere in Malaysia. The reason cited was that "the public had protested."

We of course cancelled the Golden Screen Cinemas release date and also an Ipoh charity screening on 19 May (for which separate approval was in the process of being obtained from the Ipoh police department).

The decision to ban the documentary was based on the series of articles in Berita Harian. I need to emphasise this point: No one in Berita Harian has seen the documentary. And no one interviewed by Berita Harian had seen it either.

According to friends of mine who were called up by Berita Harian (and who refused to make any comments), the question that was asked of them was "Do you approve of this Amir guy making a movie glorifying communism and Chin Peng?" This sort of leading question obviously got the answers that the paper was looking for. The people who were quoted were making comments on a documentary they had not even seen. Some of them didn't even know of its existence until Berita Harian told them. In order words, they literally didn't know what they were talking about.

I was called up by that newspaper on 3 May to give my comments. The reporter said, "There are all these people angry at you. How do you respond?" I said, "They haven't even seen the documentary. How am I supposed to respond?" He seemed disappointed that he couldn't goad me into saying anything else.

Why did Berita Harian object to the documentary even without seeing it? Berita Harian is a conservative newspaper whose cultural politics verges on the ethnocentric and semi-fascist. Proof of this was its intense daily campaign (which ran for weeks) to discredit Yasmin Ahmad's Sepet after it won Best Film at the Malaysian Film Festival. Berita Harian was the only newspaper to take such exception to this interracial romance as being "insulting to Malay culture". Its Assistant Entertainment Editor Akmal Abdullah even appeared on the RTM talk-show Fenomena Seni to further denounce Sepet and its follow-up Gubra along the same lines. He seemed to take particular exception to the plot of a Malay girl falling in love with an "infidel" (Chinese) youth.

Akmal in his weekly Thursday column Epilog (ironic that such a Malaycentric writer would choose such a foreign word) also ran a weekly campaign against any local film not made in the Malay language. He sees this as part of some kind of conspiracy to "destroy Malay culture". He singles out internationally acclaimed, small movies like The Beautiful Washing Machine , Sanctuary and Chemman Chaalai (made by people from what he terms "foreign" and "immigrant races") for attack but has offered no proof that he has even seen any of these fine works.

In fact, central to Berita Harian's objection to Lelaki Komunis Terakhir seems to be that Chin Peng is an ethnic Chinese. I was 'advised' in these articles to concentrate on Malay characters from now on; even if they are radical or communist it's OK!

More evidence can be found on Berita Harian's reactionary, racist cultural views. This is the same newspaper that a few years ago ran a long, positive review of that famous anti-Jewish fraud, The Protocols of the Elders of Zion! The fact that it could run such a review with no apology or retraction already places it beyond the ethical standards of civilized international journalism.

I repeat: The censorship board, whose job it is to monitor these things, had obviously found nothing objectionable in the film; this is why it was passed uncut.

The censors of all the countries that have screened the documentary so far in festivals (including Germany, Hong Kong, Argentina) passed it uncut too.

In none of the international reviews published did the critics say anything about how this was a 'dangerous' movie that will 'harm the public.' The advantage these reviews have over Berita Harian: They were written by people who had actually viewed the documentary. Not one of them came to the conclusion that I was "glorifying" any political leader including Chin Peng. All those reviews are available here:

Variety
Sign and Sight
Film Kritiken
Die Tageszeitung
Sight & Sound

OK you might say those are 'liberal' and 'tolerant' countries whose standards don't apply to us. But how about this: Singapore passed it uncut too! Yes, Singapore! The very country that barely has any opposition politicians or chewing gum.

It screened at the Singapore International Film Festival in late April. I was there at the full-house screening. I can assure you that no one ran amok after the screening or threatened national security. People just politely went back to the MRT and their lives.

It is, to put it mildly, horribly unfair for a movie to be banned based on comments by people who had not seen it. I am dismayed that a single newspaper (and a culturally chauvinistic one at that) could cause the Home Affairs Ministry to reverse the decision by the censors.

* Perhaps the objections are to the title? Well, Malaysia did once ban Daredevil and Mighty Morphin Power Rangers because of the words 'devil' and 'morphin' (which sounds like morphine) respectively. But that was in the past. The current Censorship Board seems determined to not make Malaysia an international laughingstock for ill-advised bans such as those. Do we want to return to those times?

* Perhaps the objection is to the very subject of communism? If communism is so untouchable, why is Malaysia now such pals with China and Cuba?

* Perhaps the objection is to "glorifying" communism and Chin Peng? I repeat: This charge has only been made by people who have not seen the documentary. Read the reviews by people who have seen it.

* Perhaps the objection is to painful depictions of the past? Lelaki Komunis Terakhir has no archive footage or historical recreations of war at all. The most violent image you will see is a strip of petai beans being removed from its tree in Bidor. Government-funded films like Leftenan Adnan, Paloh and Embun all feature violence but no one protested about those.

* Perhaps the objection is to the subject of Chin Peng? Well, Chin Peng's book is not banned (even though he is), so why a different standard for the documentary, which was furthermore not made in cooperation with him?

* Perhaps the objection is to the fact that some communists were interviewed? Well, the 15-minute sequence in Betong (out of the 90 minutes of the whole documentary) does have retired men and women from the Communist Party of Malaya. But they are living lawfully as farmers and traders in land provided after the Peace Agreement in 1989 between Malaysia, the CPM and Thailand. Although they do describe some of their previous experiences in the jungle, they are in no way advocating a return to war. What does a Peace Agreement mean if the other side cannot even be seen and heard at all?

* Perhaps the objection is to the fact that Chin Peng is ethnic Chinese? Well, you got me there!

We will be meeting with the relevant Ministry to appeal the ban. I made the documentary for Malaysians first of all, since it is about our own past and present. Screening in foreign festivals is worthwhile but it has never been my primary intention. A Malaysian audience (the ones who can stay awake for a 90-minute documentary with no love stories, fight scenes or special effects) will understand it so much more.

This is what I humbly ask: If you feel the public has the right to see Lelaki Komunis Terakhir, please write to the press. The authorities do take note of reports in the media. (That's why the ban happened in the first place!)

Even if you feel this doesn't affect you, and you wouldn't even want to watch the documentary anyway: What's to stop the same newspaper from starting a campaign against some other local movie, book or song for being "not Malay enough"? That might certainly affect you in the future.

I made a multilingual documentary that explores the diversity and plurality of contemporary Malaysia to contrast against the more turbulent times of Chin Peng's era. It is about both the geographic and historical 'landscape' that make up a country. It is this very diversity that is under threat if we allow chauvinists to determine what the rest of us can or cannot see.

Posted by laksautara at 2:19 AM JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, April 25, 2006
20 Directors 20 Shorts
Topic: keratan


Venue:
Dewan Kuliah Utama
Akademi Seni Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

Dates:
2, 3, 4 May 2006 @ 8:30pm FREE ADMISSION

For more information:
03-2697 1777
03-2697 5337 (Norazawana)
03-2697 5376 (Norhafilah)

Screening of 20 short films made by the Final Year students from
the Department of Film, TV and Video at ASK.

Sesuatu yang Tertunda (16mm, 8 min) by Nordin Ismail

Optik Realiti (16mm, 13 min) by Usmanoor Akhmar

Obligasi Obsesi (16mm, 9 min) by Rosliana Roslie

Disebalik (16mm, 12 min) by Azri Abu Hassan

The Idiots (16mm, 8 min) by Mohd. Alfie

Hanya Kesilapan Itu (16mm, 10 min) by Nurul Huda

Youi??re Crazy (16mm, 10 min) by Mohd. Nor Aliff

Jikalau (16mm, 10 min) by Shivadas Menon

Sewel (16mm, 7 min) by Mohd. Rodhuwan

Kekasih Hati (16mm, 12 min) by Aji Saregar Mazian

Pesan Abah (16mm, 12 min) by Kamaluddin Saleh

Paper Cut (16mm, 11 min) by Rishigeysan

Idiotique (16mm, 9 min) by Amirul Azmi

Kalsom (16mm, 10 min) by Syeikh Munasar

Trigger (16mm, 10 min) by Lim Min Yaw

AVI (Video, 9 min) by Yugendran

Kena (Video, 9 min) by Muhammad Nahl

Arliyana (Video, 11 min) by Mohd. Ashroff

Sakalipit (Video, 8 min) by Mohd. Darus

Helmet Troy (Video, 9 min) by Mohd. Noramin

Posted by laksautara at 4:44 AM JST
Post Comment | Permalink
RENCANA DI MSTAR
Topic: keratan
ASK perlu tingkat kualiti kurikulum, pengajar
07-04-2006 09:17:39 PM
Oleh Salhan K. Ahmad
salhan@mstar.com.my
PETALING JAYA: Langkah menaikkan taraf Akademi Seni Kebangsaan (ASK) kepada sebuah universiti seni perlu mengutamakan penambahbaikan kurikulum dan kualiti tenaga pengajar agar dapat berdaya saing dengan perkembangan seni semasa, kata penggiat-penggiat seni tempatan


Nam Ron atau nama sebenarya Abdan Sahili, bekas pelajar ASK dan kini turut mengajar separuh masa di akademi itu, selain giat berteater. (Foto The Star)
Pengarah dan penulis skrip teater Nam Ron menyambut baik usaha ini kerana, menurutnya, penggiat-penggiat teater Melayu hari ini tidak banyak menghasilkan karya-karya asli tetapi lebih suka mementaskan teks-teks popular.

“Kalau sebelum ini kita hanya bertumpu kepada pementasan semula produksi popular seperti karya A. Samad Said, Dinsman dan Anuar Nor Arai. Ada juga (penggiat) yang hanya buat teater semata-mata untuk menyertai pertandingan Festival Teater Kebangsaan," katanya, juga seorang lulusan ASK dalam bidang pengajian teater.

Nam Ron, sekarang mengajar secara sambilan di akademi ini, menyifatkan perkembangan tersebut sebagai kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki di peringkat pendidikan, khususnya melalui penggubalan kurikulum baru ASK.

Beliau ditemui mStar Online selepas persembahan teater eksperimen terbaru arahannya Dua Bulatan Pukul Enam [lihat foto-foto di bawah] sebagai projek pelajar tahun tiga bidang teater hujung minggu lalu di akademi itu. Teater ini yang dipentaskan di studio ASK di Jalan Tun Ismail adalah ensemble (himpunan) beberapa babak yang bertemakan globalisasi, kepenggunaan dan jati diri rakyat Malaysia.

“Seni bukan hiburan semata-mata. Ia perlu meliputi isu-isu baru yang boleh menggerakkan orang untuk berfikir,” kata suami berusia 37 tahun ini yang pernah memenangi anugerah skrip terbaik untuk lakon MatDerihKolaPerlih.

“Sebab itulah (mengajak penonton berfikir), ASK perlu mengambil peranan untuk melahirkan penggiat seni yang lebih peka dengan isu-isu sosial. Karya mereka harus menjadi cerminan kepada perkara-perkara yang berlaku di Malaysia dan mampu memberikan impak kepada masyarakatnya, khususnya golongan yang tertindas,” jelasnya lagi.


Amir Muhammad: Kualiti mesti datang dari pengajar sendiri (Foto The Star)
Pengarah filem Amir Muhammad pula berkata prestij sesebuah akademi seni ditentukan oleh kualiti tenaga pengajarnya.

“Kualiti itu mesti datang dari pengajarnya sendiri," katanya, sambil mengambil contoh beberapa tokoh teater terkenal seperti Krishen Jit dan Syed Zahim Albakri yang disisihkan daripada dunia pendidikan seni akibat pertimbangan pengaruh politik pihak pentadbir kampus.

"Kalau mereka (ASK) terus bertindak seperti itu, semuanya tak ada gunanya lagi."

Pengarah filem Lelaki Komunis Terakhir ini juga menyarankan kepada ASK dan penggubal dasar kesenian di negara ini agar menjalankan kajian perbandingan dengan dasar-dasar seni di beberapa negara lain.

Beliau memberikan satu model di Perancis yang mengetatkan pemilihan ke akademi seni, yang dibiayai oleh kerajaan, dan berjaya melahirkan lulusan seni yang berkualiti. Kolej seumpama ini berjaya mencipta prestij berbanding kolej-kolej seni persendirian.

"Kalau (negara) kita sekadar (membuka akademik seni) nak perbanyakkan karyawan seni, kita akan kalah dari segi kualiti,” katanya.


Saw Teong Hin percaya dengan usaha pemasaran yang lebih berkesan, produksi ASK akan lebih berdaya saing. (Foto The Star)
Sementara pengarah filem Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin lebih menekankan usaha-usaha publisiti, selain kualiti persembahan dan karya penggiat tempatan.

“Saya sendiri banyak terlepas produksi-produksi bagus daripada ASK, kecualilah kalau ada kawan-kawan saya (seperti Nam Ron) yang menjayakannya," katanya.

"Publisitinya perlu dipertingkatkan sebab jarang sekali kita dengar tentang produksi-produksi daripada ASK, begitu juga (produksi di) Universiti Malaya atau Universiti Teknologi Mara.”

Selepas dinaikkan taraf, ASK akan dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASBW) dan merancang untuk menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan ijazah dalam beberapa bidang seni, termasuk aspek-aspek penyelidikan, pembangunan serta pemasaran produk seni.


Foto-foto pementasan Dua Bulatan Pukul Enam





(Foto Nam Ron)


Posted by laksautara at 4:15 AM JST
Updated: Tuesday, April 25, 2006 4:29 AM JST
Post Comment | Permalink
Thursday, April 20, 2006
Projek Odisi aka Festival
Topic: cerita
Baru-baru ini aku telah diundang untuk sama-sama menjayakan Projek Odisi aka Festival terbitan NTV7. Projek ini cuba memberi peluang kepada pengarah-pengarah muda, ia suatu projek yang memang kami (pengarah-pengarah muda) nanti-nantikan. Yasmin Ahmad dan Ho Yuhang yang akan menjadi Pengarah Artistik untuk projek ini. Mereka yang akan menentukan siapa yang akan terpilih. Aku telah menghantar skrip "Ragut" kalau tak ada aral melintang ianya akan dapat direalisasikan, dan bakal menjadi movie kedua aku selepas gedebe (gedebe dihasilkan secara indie dan ditayangkan di Dewan DBP pada tahun 2003 dan beberapa tempat lain di KL, Ipoh, Penang, Singapore dan Jakarta).

Sinopsis Ragut

“aku bukan tak pernah bercinta, aku tak pernah tak bercinta”.

DAN
Dan, seorang pemuda yang mahu melakukan sesuatu dalam hidupnya yang sentiasa dikatakan gagal. Semenjak dari kecil perkataan gagal sentiasa senonim dengannya. Apa sahaja yang dihajati akan gagal untuk dicapai. Namun satu yang positif tentang dirinya, dia tidak kenal putus asa. Selepas gagal menamatkan pengajiannya dalam filem di sebuah pusat pengajian tinggi tempatan kerana gagal tiga kali subjek wajib, Dan cuba untuk melawan takdir dan bangkit dengan semangat baru, dia mengambil keputusan untuk menyiapkan projek akhirnya untuk menjadi seorang pembikin filem dengan tinggal bersama seorang peragut bernama Mantoi. Dan bertemu Mantoi secara tidak sengaja. Ketika Dan sedang duduk di hentian bas, Mantoi meragut beg tangan seorang perempuan yang sedang berdiri di tepi jalan tidak jauh dari hentian bas tersebut. Dan sempat merakamkan aksi Mantoi. Berbekalkan rakaman itu, Dan berusaha menjejaki Mantoi. Selepas berhari-hari mencari di sekitar Kuala Lumpur, akhirnya Dan bertemu Mantoi di satu persimpangan lampu isyarat. Dan mengekori Mantoi sehingga ke rumahnya. Mantoi yang menyedari dirinya diekori berjaya memerangkap Dan. Selepas bersusah payah menerangkan siapa dirinya dan apa tujuannya, Mantoi akhirnya dapat menerima Dan. Mantoi membenarkan Dan merakamkan kehidupannya dengan syarat dia harus tinggal bersama dengannya dan membantunya melakukan kerja ragut. Dan bersetuju. Bermulalah kehidupan Dan merakamkan di sebalik kehidupan Mantoi. Sepanjang tinggal bersama, Dan mula mengenali Mantoi dengan lebih mendalam.

MAN TOI
Man toi adalah seorang graduan dari universiti luar negara dalam bidang planting, industry and managment dan pernah berkerja sebagai account executive di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur. Dia mengidap penyakit kencing manis sejak berusia 10 tahun dan bergantung kepada isulin untuk meneruskan hidupnya. Kematian sentiasa bermain difikirannya. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan melakukan sesuatu yang sudah lama ingin dilakukan sebelum dia mati, iaitu menjadi penulis (perkerjaan yang dilakukan sebelum ini dianggap bukan kehendaknya tetapi kehendak keluarganya). Untuk mencapai impiannya dia juga harus terus hidup, untuk hidup dia perlukan isulin, untuk mendapatkan isulin dia perlukan duit. Salah satu cara untuk mendapatkan duit dengan cara mudah adalah dengan cara meragut. Selain isulin ketagihannya untuk membaca juga memerlukan duit yang banyak. Seperti mana penulis lain Mantoi juga memerlukan inspirasi untuk menulis. Mantoi tidak pernah mempunyai sejarah hubungan (cinta) dengan perempuan dalam hidupnya disebabkan penyakitnya itu. Dia mencipta inspirasinya sendiri, Melati.

MELATI
Melati seorang gadis remaja yang masih di bangku sekolah menegah adalah kekasih bagi Mantoi. Melati tidak pernah mengenali Mantoi. Melati bukan nama sebenarnya, Melati hanya nama ciptaan Mantoi. Melati bagi Mantoi adalah sebagai satu lambang kesucian dan kesempurnaan yang belum lagi dirosakkan oleh anasir-anasir perosak. Melalui Melati, Mantoi mencipta karya-karyanya yang bertemakan cinta. Mantoi menjadi terlalu obses dengan Melati. Dia sering mengikut Melati ke mana sahaja. Dia tahu di mana tempat-tempat yang sering dikunjungi Melati. Dia tahu apa makanan kegemaran Melati. Siapa kawan-kawan Melati dan segala-galanya. Dia juga mengumpul barang-barang yang ada hubungan dengan Melati seperti baju, seluar, kain, malah pembungkus gula-gula dan kayu aiskrim yang dibuang Melati turut menjadi koleksinya. Selain Melati, Mantoi juga ada memelihara seekor katak puru yang di beri nama Salim.

SALEEM
Saleem tidak diketahui jantinanya dan Mantoi tidak menganggap itu sesuatu yang penting (mengetahui jantinanya). Katak itu diberi nama Saleem sempena satu-satu sahabatnya yang pernah dia ada dan kini sudah mati di gilis lori. Mantoi begitu menyayangi Saleem setiap kali dia keluar dari rumah atau untuk masuk tidur dia akan memastikan Saleem akan diletakkan bawah tempurung agar tidak terjadi sesuatu yang buruk terhadapnya. Saleem tidak banyak bergerak suka di tempat lembab. Dia selalu menghabiskan masanya di dalam bilik air. Mantoi akan memastikan Saleem sentiasa bersih dan terjaga. Satu tabiat buruk Saleem; Merokok.

KAMERA, MELATI dan CETAK ROMPAK
3 bulan hidup bersama Mantoi dengan rakaman yang sudah diambilnya sudah cukup untuk projeknya, namun Dan sudah menjadi obses dengan Mantoi. Dan seperti tidak mahu menamatkan kerjanya dan mahu terus merakam dan merakam hinggalah satu hari kameranya jatuh dan rosak. Mantoi membantu Dan untuk mendapatkan sebuah kamera baru dengan meragutnya. Selepas itu segala-galanya berubah dalam hidup mereka. Bermula dengan kehilangan Melati. Mantoi mencari Melati di tempat-tempat yang selalu dikunjunginya namun tiada. Kehilangan Melati menjejaskan kesihatan Mantoi, dia juga sudah tidak dapat berkarya kerana inspirasinya tiada. Kegiatan meragutnya juga sudah tidak dilakukan. Semangatnya untuk hidup juga sudah tiada. Suatu hari Mantoi meminta Dan menyiapkan projeknya. Untuk menyiapkannya mereka memerlukan wang yang banyak bagi kerja-kerja suntingan dan cetakan. Mereka membuat keputusan untuk merompak dengan memilih kilang cetak rompak sebagai sasaran. Berbekalkan senjata mainan mereka pergi ke sebuah kilang yang telah dipastikan oleh mereka (melalui pemerhatian yang dilakukan). Ketika mereka masuk ke dalam kilang tersebut segala sangkaan mereka silap. Kilang itu sebenarnya bukan kilang cetak rompak tetapi tempat pengambaran filem porno. Melati turut berada di situ, dia sedang mendengar arahan dari seorang pengarah untuk aksi seterusnya ketika Mantoi dan Dan masuk. Keadaan menjadi kelam kabut. Mantoi memanggil Melati datang kepadanya. Melati yang tidak mengenali Mantoi cuba berlindung di sebalik pengarah. Dalam masa yang sama juga sekumpulan samseng yang datang untuk memunggut hutang dari pengarah tersebut muncul. Keadaan bertambah kecoh bila kumpulan samseng turut mengeluarkan pistol. Salah faham berlaku, kumpulan samseng itu menembak Mantoi dan Dan, namun mereka masih sempat lari keluar dari tempat tersebut walaupun cedera di tembak. Sampai di rumah baru, Dan baru sedar Mantoi mengalami cedera yang serius. Dan mahu membawa Mantoi ke hospital namun Mantoi menolak. Dia mahu Dan merakamkan kematiannya, Dan menurut kemahuan Mantoi. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Mantoi menyuruh Dan melepaskan Salim.

Aku harap RAGUT akan dapat direalisasikan. Sama-sama kita mendoakan.

Posted by laksautara at 3:03 AM JST
Post Comment | Permalink
Tuesday, April 18, 2006
Teater vs Filem
Topic: cerita
Aku baru balik dari astro untuk rakaman rancangan Tanya Linda. Aku dan Marlia Musa mewakili orang teater berdebat dengan orang filem yang diwakili oleh Aziz M. Osman dan Azahar Sulaiman. Tajuknya adalah siapa yang lebih hebat Teater atau Filem. Bagi aku ke dua-dua mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika bercakap soal lakonan for sure orang teater lebih hebat tapi kalau bercakap soal teknikal sudah pasti kemenangan di tangan orang filem. Filem lahir untuk merealisasikan apa yang tak mampu dibikin di pentas teater. Teater tak mampu menukar berpuluh-puluh latar (sekejab di gunung, sekejab di bandar, sekejab lagi di laut kemudian ke kampung....) dalam sesuatu persembahannya. Jika bolehpun it will take a time tak macam filem hanya dalam sekelip mata ianya boleh berubah. Sebelum wujudnya filem para pengiat teater cuba untuk memperlihatkan apa yang berlaku di atas pentas sama seperti apa yang ada di alam nyata. Aliran ini dinamakan Naturalisme namun ianya tidak dapat diterima pakai hinggalah wujudnya filem baru impian mereka tercapai. Teater hanya mampu bermain sampai ke tahap Realisme, iaitu "seperti" yang sebenar. Dalam pementasan realisme istilah the fourth wall sering digunakan. The fourth wall adalah konsep dimana dinding ke empat dihilangkan dan penonton dapat melihat apa yang sedang belaku di dalam rumah yang tidak mempunyai bumbung itu. Berbalik kepada lakonan, tanpa diragui pelakon teater memang lebih baik dan hebat dari pelakon filem. Maaf cakap, ini kerana pelakon teater memerlukan energy yang lebih untuk berada di atas pentas berbanding dengan pelakon filem. Mereka juga perlu menghafal dan mendapatkan jus dari teks sepanjang permainan mereka di atas pentas tanpa membolehkan mereka melakukan kesilapan. Sedangkan pelakon filem mereka masih mencuba berkali-kali jika lakonan mereka tidak menjadi. Cut! boleh menyelamatkan mereka tapi tiada istilah cut dalam persembahan teater. Tapi, dalam soal ini bukan semua pelakon teater itu hebat ada juga lakonan mereka tidak meyakinkan. Begitu juga dengan pelakon filem ada yang hebat ada juga yang tidak. Itu semua berbalik kepada bakat dan pengalaman. Tanpa ke dua-dua itu tiada seorang pelakonpun boleh menjadi hebat. Untuk mengetahui lebih lanjut ikutilah rancangan Tanya Linda yang akan ke udara dalam minggu ini di astro ria (masanya sila semak di astro guide)

Posted by laksautara at 4:54 AM JST
Post Comment | View Comments (3) | Permalink
Tuesday, April 11, 2006
Rehearshal dengan June untuk pementasan teater Laut lebih Indah dari Bulan.
Topic: TEATER








































Laut lebih Indah dari Bulan telah dipentaskan pada 17 mac 2006 di Taman Budaya Kuala Lumpur. (nanti aku masukan gambar shownya).Laut lebih Indah dari Bulan adalah siri 2 dalam projek Trilogi AKU NAK JADI BINTANG (siri 1) yang telah dipentaskan di Cameronian Arts Award 2003, dilakonkan oleh Mardiana Ismail. Aku akan siapkan Siri 3 (belum ada judul lagi) tak lama lagi.

p/s Kepada yang terlepas menonton Laut lebih Indah dari Bulan, ianya akan di "restage" kan sekali lagi. Tarikh dan tempat TBC.

Posted by laksautara at 8:37 AM JST
Updated: Tuesday, April 11, 2006 9:01 AM JST
Post Comment | Permalink
PENGALAMAN PERTAMA MAIN SALJI
Topic: Makan Angin

Thanks to Setagaya Public Theatre and Japan Foundation. Aku ke Jepun untuk menyertai Asian Contemporary Theatre Practice dari Mac 2003 hingga Mac 2005,disertai oleh 16 peserta dari 7 negara. Sebanyak 6 kali pertemuan dan tamat pada Mac 2005.

p/s ambik kesempatan main salji masa rehat. Gua tak curi tulang tau.

Posted by laksautara at 6:25 AM JST
Post Comment | Permalink
HISAP GUDANG GARAM DI NARITA AIRPORT
Topic: Makan Angin


MeNaNti SaaT UnTuk BerLepas PuLang daRi ToKyo MeNuJu kE KuaLa LumPur. TemPat uNtuK mEnYeduT NakoTin BerLamBak kaT NariTA airPort tak maCam kaT KLia. kaT seBelaH aKu Tu SauDara DinDon daRi Teater KuBur, InDonesia.

p/s Merokok membahayakan kesihatan, tapi sebagai perokok kami adalah penyumbang terbesar untuk pembangunan negara melalui cukainya yang sangat tinggi. Tapi kami sentiasa dianaktiri, tempat merokok makin sukar dicari. Think again!

Posted by laksautara at 5:56 AM JST
Updated: Tuesday, April 11, 2006 6:04 AM JST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older